Friday, July 26, 2013
Bakal Pengantin Maut Selepas Jawab Telefon Guna IPhone 5..
China – Apple melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang juga bekas pramugari China Southern Airlines, Ma Ailun, meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika menjawab panggilan dengan menggunakan iPhone 5.
Ailun rebah ke lantai sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon.
Ketika itu iPhone 5 tersebut sedang dicaj di rumahnya, Khamis lalu.
Dia yang berusia 23 tahun dan bakal berkahwin pada 8 Ogos ini, dikejarkan ke hospital di Xinjiang, namun doktor gagal menyelamatkannya.
Menurut anggota keluarganya, Ailun membeli iPhone 5 itu daripada kedai Apple pada bulan Disember lalu.
Mereka sekeluarga telah menyerahkan telefon pintar itu dan aksesorinya kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, jurucakap Apple memaklumkan bahawa pihaknya berasa sedih dengan insiden yang menimpa Ailun.
“Kami akan menjalankan siasatan penuh dan dalam masa sama memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa,’’ katanya.
Insiden malang yang menimpa Ailun itu mendapat perhatian banyak pihak di China malah orang ramai menulis dalam media sosial Weibo menggesa supaya pengguna iPhone tidak menjawab panggilan telefon ketika telefon itu sedang dicaj.
Saya Kahwin Bukan Kerana Masalah Zuriat – Ashraf Muslim
Enggan terus diselubungi kontroversi, Ashraf Muslim semalam tampil memberi penjelasan mengenai perkahwinan keduanya. Jika sebelum ini salah satu teori mengenai perkahwinan ini ialah ketiadaan zuriat dengan isteri pertama, Ashraf Muslim menafikan perkara tersebut.
Enggan terus diselubungi kontroversi, Ashraf Muslim tampil memberi penjelasan mengenai perkahwinan keduanya. Jika sebelum ini salah satu teori mengenai perkahwinan ini ialah ketiadaan zuriat dengan isteri pertama.Namun dia menafikan.Selanjutnya di:
Menurut Ashraf, perkahwinan keduanya itu kerana detik hati. Jelas Ashraf:-
Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan ketiadaan zuriat. Saya mengenali Sakinah sudah lama iaitu sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna,
Saya mengenali Sakinah sebelum saya mengahwini Dayana lagi. Kami bermula sebagai kawan biasa tetapi lama-kelamaan timbul satu perasaan seperti secret admirer. Saya mula rasa nak kahwin dengan dia. Jadi, saya kahwin sebab saya rasa nak kahwin
Ashraf juga turut menerangkan keputusannya untuk berkahwin di Thailand walaupun sedang menunggu keputusan mahkamah:-
Itu satu keputusan yang susah untuk saya buat. Beribu kali saya berfikir. Saya rujuk dahulu pada ustaz dan pakar kaunseling. Saya bagitau pada Dayana dan keluarga mertua. Tetapi dalam tempoh itu, timbul pula perkara-perkara diluar jangkaan. Itu yang menyebabkan saya buat keputusan berkahwin di Thailand.
Dayana tidak tahu yang saya berkahwin di sana. Saya rancang nak beritahu dia pada keesokan harinya. Tapi belum sempat saya beritahu, dia sudah tahu dahulu kerana dia menjumpai tiket penerbangan saya. Apa nak buat… Tuhan nak tunjuk.
Saya tahu dia sedih dan terluka. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia.
Tambah Ashraf lagi, kini kedua-dua isterinya sedang dalam proses menerima antara satu sama lain. Ashraf juga mengaku akan cuba berlaku adil terhadap Dayana dan Sakinah.
Buat masa ini mereka masih lagi in progress (menerima antara satu sama lain). Sakinah juga tertekan apabila banyak pihak menyalahkan dirinya dan melemparkan tomahan padanya. Tapi saya nasihatkan kepada kedua-dua isteri saya supaya bersabar dan ikut cakap saya kalau mereka nak bahagia.
Saya juga ada perancangan untuk isteri-isteri saya. Saya tahu apabila berpoligami bukan mudah untuk kita berlaku adil.
Saya juga ingin memohon maaf kepada kedua-dua belah pihak keluarga. Kepada keluarga saya. Kepada para media dan peminat-peminat saya. Tapi saya terkejut juga bila ramai peminat yang datang kepada saya dan ucapkan tahniah kepada saya.
Saya juga berharap agar semua dapat mendoakan yang baik-baik. Saya tak pernah mengaibkan orang, jadi saya harap orang tidak mengaibkan saya ada keluarga saya
Panjang lebar penjelasan Ashraf Muslim kali ini. Diharap agar semua pihak berpuas hati. Semoga Ashraf betul-betul dapat berlaku adil. Jangan lebihkan isteri kedua seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain. Sama-samalah kita doakan.
Note: Saya Kahwin Bukan Kerana Masalah Zuriat – Ashraf Muslim
Enggan terus diselubungi kontroversi, Ashraf Muslim tampil memberi penjelasan mengenai perkahwinan keduanya. Jika sebelum ini salah satu teori mengenai perkahwinan ini ialah ketiadaan zuriat dengan isteri pertama.Namun dia menafikan.Selanjutnya di:
Pelakon Kanak-Kanak CJ7 Seorang Perempuan..
Semua mesti pernah menonton filem CJ7.. jom tengok gambar terkini budak kecil yang berlakon disamping Stephen Chow yang sebenarnya adalah budak perempuan..
Jom tengok disini.:
Baru tahu rupanya pelakon kanak-kanak CJ7 adalah seorang perempuan. Setelah lama Filem CJ7 ditayangkan, tercari juga siapa pelakon utama kanak-kanak lelaki dalam filem tu. Setelah mendapatkan maklumat, rupanya pelakon kanak-kanak tu bernama Xu Jiao dan merupakan seorang perempuan.
Antara Babak Dalam Filem CJ7. Pelakon ni tak ubah seperti seorang lelaki.
Namun hakikatnya, dia adalah perempuan
Gambar Xu Jiao menang anugerah pelakon baru terbaik bagi Anugerah Filem Hong Kong
Budak Patah Tangan Terkena Bola Freekick Cristiano Ronaldo (VIDEO)
Seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Charlie Silverwood yang sedang menonton perlawanan antara kelab Bournemouth dan Real Madrid telah terkena bola sepakan percuma dari Cristiano Ronaldo dan menyebabkan pergelangan tangan kirinya patah.
Sepakan percuma yang diambil dari jarak 35 ela itu telah mematahkan pergelangan tangan Charlie di dua tempat. Tetapi Charlie tetap bertahan sehingga perlawanan tamat sebelum berkejar ke hospital. Setelah pihak pengurusan Real Madrid mengetahui tentang perkara ini, Charlie telah dihadiahkan sehelai jersi yang ditandatangai oleh pemain Real Madrid sebagai ganti rugi.
Jom tonton VIDEO di bawah ini :
Aidil Zafuan Bercinta Dengan Anak Bekas ADUN?
Walaupun kes pergolakan rumahtangga dengan Rita Rudaini masih lagi dalam prosiding mahkamah, namun Aidil Zafuan kini dilaporkan sudah berjumpa pengganti hatinya apabila dia digosipkan bercinta dengan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Zarema Zainal.
Nama Zarema bukan lagi asing sekiranya anda merupakan peminat setia Nora Danish kerana gambar gadis ini selalu sahaja kelihatan di laman Instagram artis tersebut.
Baru-baru, Zarema memuat naik gambar terbarunya di laman sosial tersebut yang menunjukkan susuk seorang lelaki yang tidak ditunjukkan mukanya.
Namun, daripada susuk tubuh itu ramai mengandaikan jejaka itu adalah Aidil.
Tak tahulah betul ataupun mungkin hanya pelanduk dua serupa sahaja kan?
Rakam aksi curi CPU letak celah kangkang (VIDEO CCTV)
Sekarang heboh diperkatakan tentang taktik pencuri yang meletakkan barang curi tersebut dicelah kangkang atau dipanggil geng kangkang. Apa yang menariknya, modus operandi ini memerlukan seorang tarik perhatian tuan kedai manakala seorang lagi akan mencuri sesuatu barang dari kedai tersebut. Apa yang menariknya, setiap kes yang berjaya dirakam CCTV mendapati ianya dilakukan oleh seorang wanita sebabnya mereka memakai kain. Macamana pencuri ni boleh kepit sebuah CPU dan 1 karton tin arak dekat celah kangkang mereka?
Jom tonton VIDEO di bawah ini :
Tuesday, July 23, 2013
Jom Tengok Tempat Tidur Pramugari Kapal Terbang
Pesawat BOEING 747-400
KLM Royal Dutch Airlines
AIRBUS A340
SINGAPORE AIRLINE
AIR CANADA
Dan yang ni tak dapat dipastikan pesawat apa dan dari negara mana.. Tapi kesian tengok Pramugarinya, sampai ternganga mulut.. Hik Hik Hik.. ^_^
Pasangan Putera William, Kate Dikurnia Bayi Lelaki
Putera William dan isterinya, Kate hari ini dikurniakan bayi lelaki yang bakal menaiki takhta Britain, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan.
“Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 4.24 petang waktu tempatan,” kata kenyataan itu.
“Bayi seberat 3.8 kilogram.”.
Kate dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan akan berada di hospital semalaman.
Putera William turut berada di Hospital St. Mary, di tengah London ketika kelahiran bayinya itu manakala Permaisuri amat teruja apabila mendapat berita kelahiran bayi pasangan diraja itu.
ARTIS : ZIZIE EZETTE ,SUAMI DAN CANDY CRUSH
Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram miliknya.
Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar.
Mengikut pos Zizie, suaminya itu mula berjinak-jinak dengan Candy Crush buat kali pertama sejak tiga minggu lalu. Sejak itu, Zizie mula mengepos beberapa gambar yang memperlihatkan Bung Mokhtar begitu khusyuk bermain permainan itu.
Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar.
Mengikut pos Zizie, suaminya itu mula berjinak-jinak dengan Candy Crush buat kali pertama sejak tiga minggu lalu. Sejak itu, Zizie mula mengepos beberapa gambar yang memperlihatkan Bung Mokhtar begitu khusyuk bermain permainan itu.
Malah dalam pos hari ini (15 Julai), Zizie mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan: ‘Bini duduk sebelah pun dah x di pandang.I hate u Candy Crush!!
#suamidahjumpacintabaru’
Saksikanlah sendiri beberapa gambar dibawah yang dimaksudkan. Apa yang paling penting, dapat dilihat keserasian pasangan suami isteri ini dalam melayari rumah tangga.Sweet sangat!
[10 GAMBAR] BINTANG BOLLYWOOD BERSAMA ANAK-ANAK MEREKA
Ibu yang cantik,dan bapa yang kacak,tak mustahil suatu hari nanti anak-anak mereka akan mewarisi bakat seni dari orangtua mereka....
Monday, July 22, 2013
Lukisan 3D Menakjubkan Yang Seolah-olah Terkeluar Dari Kertas
Sekarang ini memang ramai pelukis yang boleh menghasilkan lukisan 3D yang benar-benar menarik hanya dengan menggunakan pensil dan kertas tapi saya rasa lukisan 3D yang dihasilkan oleh Alessandro Diddi ini antara paling menakjubkan pernah saya lihat setakat ini.
Menurut beliau, lukisan yang hanya menggunakan pensil dan kertas ini dihasilkan dengan ‘teknik permainan minda’. Belaiu berhasrat untuk menghasilkan lukisan yang mampu menunjukkan bahawa mata manusia boleh menipu minda dengan mempercayai terdapatnya dimensi yang sebenarnya tiada. Tambah beliau, lukisan sebegini tidaklah begitu sukar untuk dihasilkan apabila teknik tersebut berjaya dikuasai.
Mungkin mudah bagi seorang pelukis berbakat seperti beliau, tapi bagi kebanyakan dari kita mungkin sudah menganggap ini adalah satu masterpiece. Beberapa minit saya tenung satu-persatu untuk melihat bagaimana lukisan ini dihasilkan untuk menghasilkan effect yang sebegini tapi tak dapat-dapat juga, mind blown, haha. Mungkin lebih menarik jika disediakan gambar dari perspektif yang berbeza untuk melihatnya dari perspektif 2D.
Blogger Lucah Alvin Dan Vivian Hasilkan Klip Pornografi Dengan Tangan Berbalut! | Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Kepada Malaun nie
Blogger
Lucah Alvin Dan Vivian Hasilkan Klip Pornografi Dengan Tangan Berbalut! | Mohon
Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Kepada Malaun nie | Budak 2 ekor nie aku
tengok makin hari makin melampau, kalau dah sampai bikin video lucah dan
sebarkan di media sosial. PASANGAN Alvin dan Vivian tidak perlu diperkenalkan
lagi. Mereka mencetuskan kegemparan apabila menghasilkan video lucah dan
menerbitkan banyak klip-klip pendek yang membincangkan topik mengenai seks
secara terbuka.
Vivian
sendiri pernah dikecam kerana bergambar dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Nurul Izzah serta ‘membaluti’ tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional tak lama
dulu.
Baru-baru
ini Vivian cedera parah dibahagian tangannya kerana disamun dan ditetak seorang
lelaki yang tidak dikenali berhampiran rumahnya di pinggir Kuala Lumpur.
Walaupun
baru saja keluar dari wad disebabkan kecederaan yang dialaminya, ia tidak
menghalang Vivian dan kekasih kesayangannya itu meneruskan ‘hobi’ mereka
merakamkan adegan seks untuk tontonan ramai.
Terbaru, dengan tangan yang masih berbalut, Vivian dan Alvin kembali dengan ‘hasil karya’ terbaru mereka!
Nampaknya walau diserang dan disamun, ia tidak pernah ‘menghalang’ atau lebih tepat lagi, memberi pengajaran kepada mereka agar tidak terus melakukan perbuatan mengaibkan sebegitu.
Anda nilai dan tafsirlah sendiri…. –
Terbaru, dengan tangan yang masih berbalut, Vivian dan Alvin kembali dengan ‘hasil karya’ terbaru mereka!
Nampaknya walau diserang dan disamun, ia tidak pernah ‘menghalang’ atau lebih tepat lagi, memberi pengajaran kepada mereka agar tidak terus melakukan perbuatan mengaibkan sebegitu.
Anda nilai dan tafsirlah sendiri…. –
Subscribe to:
Posts (Atom)